KULAI: Ibu kepada Chong Sum Yee, 22, wanita Malaysia yang dipercayai hilang di Chiang Mai, Thailand, tidak mempercayai video anaknya mendakwa dirinya selamat dan sihat, yang tular beberapa hari kebelakangan ini.
Chee Choy Won, 50, berkata hal ini kerana akaun Facebook yang menggunakan nama 'Moe Aye' yang memuat naik rakaman video anaknya itu, tidak dikenali dan percaya ia adalah akaun baharu dibuat.
Beliau berkata anaknya juga sukar untuk dihubungi dan mengelak setiap kali ditanya mengenai keberadaannya.
Menurut Chee, ia ditambah pula dengan gesaan anaknya yang mahu laporan polis ditarik balik ketika dia berjaya menghubungi anaknya itu pada 8 malam tadi menerusi aplikasi WhatsApp.
"Menerusi panggilan WhatsApp selama beberapa minit malam tadi, Sum Yee mengatakan dia selamat dan meminta agar kami tidak mencarinya serta menarik laporan polis tetapi suaranya agak laju dan kelam kabut.
"Setiap kali saya tanya dia berada di mana, dia tidak menjawab dan berulang kali beritahu dia selamat. Saya tidak pasti apa yang berlaku, tetapi (saya percaya) terdapat kemungkinan dia menjadi mangsa pemerdagangan manusia atau scam (penipuan)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Johor di sini hari ini.
Ibu dua anak itu berkata dia turut berlepas ke Thailand bersama anak lelakinya Chong Jeng Wei, 23, dan Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor Alan Tee Boon Tsong selama empat hari pada 6 Jun lepas bagi mengikuti perkembangan kes kehilangan anaknya.
Bagaimanapun, Chee berkata pihak polis Thailand memaklumkan terdapat kemungkinan anaknya berada di Myanmar, justeru, Polis Thailand dan Myanmar sedang bekerjasama bagi mengesan Sum Yee yang sepatutnya pulang ke Malaysia pada 7 Jun lepas.
Sementara itu, Jeng Wei berkata dia musykil apabila adik perempuannya yang bekerja sebagai jurusolek di Kuala Lumpur memaklumkan pergi ke Thailand seorang diri kerana dia tidak pernah pergi ke luar negara bersendirian.
Jeng Wei berkata mereka semakin risau apabila Sum Yee memberi alasan ke sana atas urusan kerja yang telah dinafikan oleh majikan dan berharap agar dia segera ditemui.
Sebelum ini, laporan berita dipetik terdapat tiga video yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang tidak dikenali bernama 'Moe Aye' di ruangan komen catatan Chee, memaparkan Sum Yee tersenyum serta berulang kali menyatakan "dia selamat dan sihat".
Sum Yee dipercayai berlepas ke Chiang Mai, Thailand pada 29 Mei dan melakukan perjalanan sejauh 250 kilometer ke daerah utara Mae Sai di wilayah Chiang Rai, yang berdekatan dengan bandar Tachilek di Myanmar, iaitu lokasi kes-kes pemerdagangan manusia pernah dilaporkan.
Polis Diraja Malaysia juga dilaporkan sedang bekerjasama dengan Polis Thailand bagi mengesan Sum Yee dan berdasarkan siasatan awal, jurusolek itu telah menyeberang sempadan ke Tachilek, sejak 30 Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023
Sum Yee dipercayai berlepas ke Chiang Mai, Thailand pada 29 Mei dan melakukan perjalanan sejauh 250 kilometer ke daerah utara Mae Sai di wilayah Chiang Rai. - Gambar fail
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.
Seludup minyak petrol, lelaki warga Thailand didenda RM10,000
Seorang lelaki warga Thailand didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping semalam selepas mengaku bersalah menyeludup minyak petrol ke negara jiran.
Imigresen Sabah terima peruntukan RM50 juta naik taraf depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menerima peruntukan sebanyak RM50 juta pada tahun ini bagi menaik taraf semua empat depot tahanan agensi itu di negeri berkenaan.
Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.
Seramai 17 atlet telah layak ke Paralimpik Paris
Seramai 17 atlet negara telah meraih tiket ke Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos hingga 8 Sept ini, kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara.
10 Berita Pilihan - (17 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir galas jawatan Presiden D8, utamakan PKS dan pertumbuhan berasaskan teknologi
Mesir telah mengambil alih jawatan Presiden Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D8) untuk tempoh sehingga akhir 2025, menggantikan Bangladesh.
Kronologi serangan balai polis sejak 1980
Kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
Ibu wanita hilang di Thailand tidak percaya video 'anak selamat'
Ibu kepada Chong Sum Yee, 22, wanita Malaysia yang dipercayai hilang di Chiang Mai, Thailand, tidak mempercayai video anaknya mendakwa dirinya selamat dan sihat, yang tular.
Wanita Malaysia jana lebih RM176 juta pada 2022 sebagai hos - Airbnb
Airbnb berkata wanita Malaysia secara kolektif memperoleh lebih RM176 juta pada 2022 dengan membenarkan hartanah mereka dibuka kepada tetamu sebagai rumah inap dan merasai pengalaman jangka pendek.
Ekosistem inklusif diperlukan agar lebih ramai wanita dilantik anggotai kerajaan Malaysia
Peranan wanita dalam kepimpinan kerajaan adalah penting dan jika mereka dilantik, Duta Besar Malaysia untuk Wanita dan Gadis boleh menyokong pihak terbabit dan membincangkan dasar yang akan membantu m
Pemimpin politik digesa percepat pindaan berkaitan hak kewargangeraan - Shahrizat
Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyeru semua pemimpin politik agar mempercepatkan pindaan berkaitan hak kewarganegaraan di dalam Perlembagaan Persekutuan supaya ia tidak lagi berat sebelah.
Isu kerakyatan: Rayuan kerajaan didengar 15 Nov
Kerajaan memfailkan permohonan itu sementara menunggu pelupusan rayuannya di Mahkamah Rayuan.
Nazri gesa kerajaan tarik balik rayuan kes kerakyatan bayi dilahirkan di luar negara
Hujah Nazri, keputusan tersebut merupakan pemikiran abad pertengahan (medieval thinking) yang tidak sepatutnya berlaku pada tahun 2021.
Lelaki dipenjara, dirotan kerana merogol rakan FB M'sia
Laporan itu berkata Yap Jun Cheng, kini 26, mengaku bersalah di mahkamah kerana melakukan tiga jenayah seksual terhadap wanita itu yang ketika itu berusia 20 tahun.